Tutorial : Majikan - Maklumat Segera - Bakul Masuk Majikan
Untuk fungsi ini, majikan boleh memilih capaian Majikan>Maklumat Segera>Bakul Masuk Majikan. Skrin Bakul Masuk Majikan akan dibuka. Majikan bolehlah melihat senarai jawatan yang ditawarkan beserta bilangan pencari kerja yang telah memohon pada skrin ini.
Untuk melihat senarai nama calon-calon yang telah memohon bagi jawatan yang ditawarkan, pilih pada capaian nama jawatan. Skrin berikutnya akan memaparkan senarai calon yang memohon bagi jawatan tersebut.
Untuk melihat profil calon, pilih pada capaian pada nama calon yang memohon.
Paparan profil calon. Pada skrin ini, majikan juga dapat menjalankan tindakan yang sesuai bagi calon yang memohon melalui pilihan ruangan Tindakan dan disusuli dengan menekan butang <Hantar>.