Tutorial : Majikan - Kemaskini Segera
Melalui Kemaskini Segera, majikan boleh menjalankan kerja-kerja pengubahan dan pengemaskinian maklumat-maklumat:

  1. Profil Majikan
  2. Alamat
  3. Telefon / Emel / Laman Web
  4. Kemaskini Kekosongan Yang Ada
  5. Tawarkan Kekosongan Baru
  6. Pilih Calon
  7. Tukar Kata Laluan

  


1.
Untuk menjalankan kerja-kerja pengemaskinian, majikan perlu log masuk ke dalam sistem JobsMalaysia terlebih dahulu. Login boleh dilakukan melalui dua (2) cara; melalui halaman utama JobsMalaysia pada panel kanan ruangan login melalui tab Majikan (Rajah 1) dan juga melalui capaian Menu majikan Majikan>Log Masuk (Rajah 2).

  


2.
Rajah 1. Masukkan maklumat log masuk; ID Login dan Kata Laluan dan tekan butang <Log Masuk>
Rajah 2. Masukkan maklumat log masuk; ID Login dan Kata Laluan dan tekan butang <Log Masuk>
3.
Setelah Log Masuk majikan berjaya, Skrin Anjung Majikan akan dibuka memaparkan profil ringkas majikan
.