Tutorial : Majikan - Panduan Pendaftaran
Untuk membuat pendaftaran baru bagi majikan, pilih capaian Majikan>Majikan Baru.
Skrin Pendaftaran Majikan - Langkah 1. Melalui skrin ini, pilih Status Majikan samada sebagai Perseorangan, Syarikat/Pertubuhan Antarabangsa atau Agensi Kerajaan. Klik pada pilihan yang dipaparkan.
Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang <Berikut> untuk meneruskan Pendaftaran Majikan.
Klik butang <Batal> untuk membatalkan Pendaftaran Majikan.
Sistem akan memaparkan Nombor Pin bagi majikan yang baru mendaftar.
Skrin Pendaftaran Majikan - Langkah 2 dipaparkan. Majikan hendaklah memastikan semua medan wajib diisi seperti butir-butir pengenalan serta butir-butir majikan. Klik butang <Hantar> setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan.
(Nota: Medan yang bertanda (*) wajib diisi)
Setelah selesai pendaftaran, skrin Pendaftaran Majikan - Selesai dipaparkan.
Majikan boleh memilih samada untuk meneruskan dengan memasukkan kekosongan jawatan atau Log Keluar dari sistem.