Tutorial : Pencari Kerja - Kemaskini Segera - Akademik
Untuk mengemaskinikan maklumat akademik, pilihan pengemaskinian maklumat akademik dibuat melalui cabang menu pilihan berdasarkan tingkatan tahap pencapaian akademik. Menu pilihan ini boleh dicapai melalui capaian Pencari Kerja>Kemaskini Segera>Akademik. Skrin Kemaskini Pencari Kerja - Maklumat Akademik Pemohon akan dibuka dan sebarang pengemaskinian maklumat akademik boleh dijalankan.
Pilihan-pilihan Pencapaian Akademik yang dapat dikemaskini dikelaskan berdasarkan kepada kategori-kategori berikut:
- PMR / SRP / LCE
- SPM / MCE / SPM(V) / SPVM
- STPM / STP / HSC
- Professional dan Ikhtisas
- Pengajian Tinggi
Melalui pilihan Kemaskini Segera>Akademik>PMR / SRP / LCE, skrin Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau setaraf akan dibuka. Pengguna perlu mengisi maklumat-maklumat berkaitan pada ruang yang telah disediakan.
Pilih butang <Kemaskini> untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah diubah. Skrin Profil Dikemaskini akan dipaparkan bagi proses yang berjaya.
Melalui pilihan Kemaskini Segera>Akademik>SPM / MCE / SPM(V) / SPVM, skrin Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) / SPVM / SPM Mengikut Sistem Sijil Terbuka atau Setaraf) akan dibuka. Pengguna perlu mengisi maklumat-maklumat berkaitan pada ruang yang telah disediakan.
Pilih butang <Kemaskini> untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah diubah. Skrin Profil Dikemaskini akan dipaparkan bagi proses yang berjaya.
Melalui pilihan Kemaskini Segera>Akademik>STPM / STP / HSC, skrin Keputusan Peperiksaan STPM / STP / HSC akan dibuka. Pengguna perlu mengisi maklumat-maklumat berkaitan pada ruang yang telah disediakan.
Pilih butang <Kemaskini> untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah diubah. Skrin Profil Dikemaskini akan dipaparkan bagi proses yang berjaya.
Melalui pilihan Kemaskini Segera>Akademik>Profesional dan Ikhtisas, skrin Kelayakan daripada Badan-badan Profesional dan Ikhtisas akan dibuka. Pengguna perlu mengisi maklumat-maklumat berkaitan pada ruang yang telah disediakan.
Pilih butang <Kemaskini> untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah diubah. Skrin Profil Dikemaskini akan dipaparkan bagi proses yang berjaya.
Melalui pilihan Kemaskini Segera>Akademik>Pengajian Tinggi, skrin Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD / Sarjana / Ijazah / Diploma / Sijil / Pelajar Tahun Akhir) akan dibuka. Pengguna perlu mengisi maklumat-maklumat berkaitan pada ruang yang telah disediakan.
Pilih butang <Kemaskini> untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah diubah. Skrin Profil Dikemaskini akan dipaparkan bagi proses yang berjaya.