Capaian terus untuk mendaftar, pengguna boleh memilih capaian Pencari Kerja (pada halaman utama) diikuti dengan capaian Pencari Kerja>Pencari Kerja Baru.
Panduan Pendaftaran Pencari Kerja Baru
1.
2.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Profil Am Pemohon akan dibuka. Pengguna perlu memasukkan butir-butir pendaftaran yang diperlukan. Medan-medan yang bertanda (*) merupakan medan wajib yang perlu diisi. Sekiranya terdapat medan-medan wajib yang tertinggal untuk diisi, mesej tidak lengkap berkenaan medan yang belum diisi akan dipaparkan.

Pilihan pada bahagian Tahap Pendidikan memberi kesan langsung dengan bahagian Pilihan Sektor Pekerjaan. Sekiranya tahap pendidikan pencari kerja adalah Tidak Bersekolah, pilihan yang layak dipohon pada Pilihan Sektor Pekerjaan hanyalah terbuka untuk sektor Swasta sahaja. Bagi kelulusan peringkat Sekolah Rendah, pilihan sektor pekerjaan dibuka untuk sektor Swasta dan juga Kerajaan (Selain SPA). Kesemua pilihan sektor pekerjaan akan dibuka sekiranya pencari kerja mempunyai tahap pendidikan Sekolah Menengah dan ke atas.

Setelah selesai mengisi maklumat dikehendaki, tekan butang <Berikut> untuk proses seterusnya


(Bagi tujuan tutorial ini, pengujian kes dilakukan dengan memilih semua pilihan yang ditawarkan pada Pilihan Sektor Pekerjaan).


3.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Jawatan Dipohon akan dibuka. Bagi kes ujian pilihan bagi semua sektor pekerjaan, skrin pertama adalah Maklumat bagi Agensi Kerajaan (Selain Pengambilan SPA).  Pencari kerja diberikan sehingga lima pilihan jawatan untuk dipohon. Pencari kerja wajib untuk mengisi sekurang-kurangnya satu pilihan jawatan bagi paparan skrin ini..

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
3.
Urutan skrin ke 2, Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Jawatan Dipohon akan dibuka. Bagi kes ujian pilihan bagi semua sektor pekerjaan, skrin kedua adalah Permohonan Jawatan Kosong (Sepanjang Masa) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pencari kerja perlu mengisi pilihan Pusat Temuduga/Ujian Khas yang dipilih dan Kelayakan bagi Jawatan Yang Dipohon. Pencari kerja juga diberikan sehingga lima pilihan jawatan untuk dipohon. Pencari kerja wajib untuk mengisi sekurang-kurangnya satu pilihan jawatan bagi paparan skrin ini..

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
4.
Urutan skrin ke 3, Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Jawatan Dipohon akan dibuka. Bagi kes ujian pilihan bagi semua sektor pekerjaan, skrin ketiga adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pencari kerja perlu membuat pilihan pada pilihan yang telah disediakan.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
5.
Urutan skrin ke 5, Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Jawatan Dipohon akan dibuka. Bagi kes ujian pilihan bagi semua sektor pekerjaan, skrin kelima adalah pendaftaran bagi Sektor Swasta. Pencari kerja perlu membuat pilihan pekerjaan pada pilihan yang telah disediakan. Pencari kerja boleh mendaftarkan sehingga lima pilihan jenis pekerjaan yang ingin dipohon. Pencari kerja juga perlu memasukkan anggaran gaji yang diharapkan bersama dengan tempat/lokasi perkerjaan yang dipohon.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
6.
Urutan skrin ke 4, Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Jawatan Dipohon akan dibuka. Bagi kes ujian pilihan bagi semua sektor pekerjaan, skrin keempat adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pencari kerja perlu membuat pilihan pada pilihan yang telah disediakan.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
7.
Urutan skrin ke 6, Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Terperinci akan dibuka. Pencari kerja perlu memasukkan maklumat-maklumat terperinci berkaitan dengan diri pencari kerja tersebut termasuk Butir-butir Pengenalan dan butir-butir samada merupakan Pemegang Biasiswa/Pinjaman. Medan-medan bertanda (*) hendaklah diisi dengan sepenuhnya kerana ianya merupakan medan-medan wajib diisi.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
8.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Fizikal dipaparkan. Maklumat Fizikal diperlukan bagi permohonan pekerjaan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Medan-medan bertanda (*) hendaklah diisi dengan sepenuhnya kerana ianya merupakan medan-medan wajib diisi.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
9.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Akademik dipaparkan. Pada urutan maklumat akademik, skrin pertama adalah Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau yang Setaraf. Pencari kerja perlu memasukkan maklumat keputusan peperiksaan pada bahagian yang telah disediakan.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
10.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Akademik dipaparkan. Pada urutan maklumat akademik, skrin kedua adalah Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Sijil Terbuka atau Setaraf). Pencari kerja perlu memasukkan maklumat keputusan peperiksaan pada bahagian yang telah disediakan mengikut kategori jenis pekerjaan.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
11.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Akademik dipaparkan. Pada urutan maklumat akademik, skrin ketiga adalah Kelayakan Daripada Badan-badan Profesional dan Ikhtisas. Pencari kerja perlu memasukkan maklumat Sijil dan Kelayakan yang diperolehi daripada senarai yang telah disediakan. Pencari kerja boleh memasukkan sehingga tiga Kelayakan Professional.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
12.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Akademik dipaparkan. Pada urutan maklumat akademik, skrin keempat adalah Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD/Sarjana/Ijazah/Diploma/Sijil/Pelajar Tahun Akhir). Pencari kerja perlu memasukkan maklumat kelulusan pengajian tinggi yang dimiliki. Pencari kerja boleh memasukkan sehingga tiga Kelulusan Pengajian Tinggi yang dimiliki pada ruangan yang telah disediakan. Pastikan medan wajib bertanda (*) telah diisi sepenuhnya.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
13.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Pengalaman Kerja dipaparkan. Pada skrin ini, sekiranya pencari kerja telah pun mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini, sila masukkan maklumat pengalaman mengikut kronologi pekerjaan yang telah dilakukan sebelum ini. Setelah selesai memasukkan maklumat pekerjaan pertama dan ingin memasukkan maklumat kedua dan seterusnya, pencari kerja perlulah menekan butang <Simpan> untuk menyimpan maklumat yang telah dimasukkan sebelum ini. Setelah selesai, maklumat kedua bolehlah dimasukkan. Proses ini berterusan sehingga tiada lagi maklumat pekerjaan yang ingin dimasukkan. Pastikan medan wajib bertanda (*) diisi dengan sepenuhnya.

Dalam kes ujian ini, diandaikan bahawa pencari kerja merupakan seorang yang baru sahaja selesai pengajian tanpa pengalaman bekerja.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
14.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Ko-Kurikulum dipaparkan. Pada skrin ini, pencari kerja perlu memasukkan  maklumat aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang telah disertai sepanjang tempoh pengajian dan pencapaian yang telah dicapai dalam bidang tersebut.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
15.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Maklumat Tambahan dipaparkan. Pada skrin ini, pencari kerja perlu memasukkan maklumat-maklumat tambahan pencari kerja. Maklumat-maklumat ini terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu Bakat, Bekas Polis/Tentera dan Perakuan Diri.

Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
16.
Skrin Pendaftaran Pencari Kerja - Pengakuan Pemohon dipaparkan. Pada skrin ini, pencari kerja perlu membuat pengakuan akan maklumat-maklumat yang telah diberikan sepanjang proses pendaftaran adalah benar dan beliau terikat dengan undang-undang. Sekiranya pencari kerja bersetuju dengan pernyataan yang terkandung didalam Pengakuan Pemohon, beliau hendaklah menandakan pada kota Saya Setuju.

Seterusnya tekan butang <Berikut> untuk melanjutkan proses pendaftaran seterusnya.
17.
Skrin terakhir Pendaftaran Pencari Kerja - Selesai dipaparkan. Pada skrin ini, pendaftaran bagi pencari kerja telah pun selesai. Skrin akan memaparkan semula maklumat Login ID pencari kerja bersama No Pin.

Pencari kerja juga boleh terus membuat carian pekerjaan dan membuat permohonan pekerjaan dengan memilih capaian yang telah disediakan.

Pencari kerja boleh mencetak akuan penerimaan dengan memilih capaian Cetak AKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN.

Sekiranya pencari kerja ingin memuat naik sijil, tekan butang <Muatnaik Sijil>.