Masukkan kad pengenalan ke dalam card reader. Sistem akan memaparkan skrin “Login Pencari Kerja” jika pengguna telah berdaftar dan jika pengguna belum berdaftar sistem akan memaparkan “Pendaftaran Pencari Kerja – Langkah 1” .

Pengguna telah berdaftar, Nombor kad pengenalan akan dipaparkan pada “Login Pencari Kerja”. Pengguna hanya perlu memasukkan kata laluan untuk ke akaun. Untuk pengguna baru, nama, alamat dan nombor kad pengenalan akan dipaparkan pada “Pendaftaran Pencari Kerja – Langkah 1”. Pengguna hanya perlu memasukkan data peribadi yang lain untuk meneruskan pendaftaran.

<< >>