Tutorial: Pencari Kerja - Maklumat Segera
Melalui Maklumat Segera, anda boleh mendapatkan:
- maklumat profil anda (Profil Pencari Kerja)
- status permohonan jawatan (Papar Status Permohonan Jawatan)
- melihat bakul masuk (Bakul Masuk Saya)
- penjodohan jawatan yang dipadankan oleh sistem (Jawatan Yang Dipadankan)
Pengguna boleh menyemak Profil Pencari Kerja dengan memilih Jenis Login dan mengisi Nombor Mykad atau No. KP Lama/Polis/Tentera, kemudian klik butang . Maklumat mengenai profil pencari kerja akan dipaparkan di skrin.
Pengguna boleh menyemak status permohonan jawatan melalui menu Papar Status Permohonan Jawatan. Skrin seperti dibawah akan dipaparkan. Pengguna perlu memilih Jenis Login dan mengisi nombor MyKad atau No. KP Lama/Polis/Tentera dan klik butang . Status permohonan jawatan anda akan dipaparkan oleh sistem.
Pengguna boleh menyemak permohonan yang diterima melalui menu Bakul Masuk Saya. Pilih Jenis Login dan isi nombor MyKad atau No. KP Lama/Polis/Tentera . Kemudian klik butang
Pengguna boleh menyemak jawatan yang dipadankan secara automatik oleh sistem melalui menu Jawatan Yang Dipadankan. Pilih Jenis Login dan isi nombor MyKad atau No. KP Lama/Polis/Tentera dan klik butang . Sistem akan memaparkan padanan yang ditemui (jika ada).